Monday 3 November 2008

PS 4305 2.14 Role of ICT in maths (Malay)

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MENYEDIAKAN SUMBER-SUMBER RELEVAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Pengenalan

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)–nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

(Surah Al-Baqarah: 164)

Dalam firman Allah Subhanahu Wataala di atas kira-kira bermaksud bahawa sebenarnya dalam muka bumi yang fana ini, terdapat ilmu pengetahuan yang amat banyak dan luas serta tiada batasannya sama ada pengetahuan am mahupun khusus. Ia bergantung kepada sejauh mana usaha manusia untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan penggunaan teknologi maklumat, dari segi pengajaran dan pembelajaran matematik guru hendaklah cekap, mahir dan bijak dalam merancang pengajarannya agar murid-murid memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai prestasi akademik yang memuaskan.

Aspek teknologi maklumat telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dari peringkat awal lagi. Langkah ini diambil untuk menghadapi antara cabaran iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Masyarakat perlu mendapat pendedahan dan sedar akan kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan harian serta berusaha untuk meningkatkan literasi teknologi maklumat untuk kejayaan masa hadapan.

Sebagai pelaksana kurikulum, guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan tujuan ini tercapai. Mereka perlu berusaha membantu dan membimbing murid-murid untuk memperoleh keupayaan teknikal. Justeru itu, guru-guru perlu mempunyai sikap, kemahiran serta pengetahuan yang mantap tentang pelbagai aspek teknologi dan kesannya terhadap masyarakat kini. Pandangan, sikap, tanggapan serta pemahaman guru-guru mengenai teknologi maklumat akan menentukan sejauh mana hasrat cita-cita yang dirancangkan tercapai.

Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.[1] Berikut adalah komponen-komponen yang terkandung di dalam teknologi maklumat:

: Komputer (Multimedia)

: Internet

: Laman Web – World Wide Web (WWW)

Komputer (Multimedia)

Teknologi multimedia adalah teknologi yang menggabungkan sepenuhnya teknologi komputer, pemain cakera padat, sistem video dan sistem audio untuk mendapat kombinasi yang lebih baik dan meningkatkan interaksi di antara pengguna dengan komputer. Multimedia merangkumi teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Ia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik bagi membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya.[2]


Internet

Internet atau ‘International Network of Networks’ adalah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer berkomunikasi di antara satu sama lain. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara. Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan dalam internet termasuk artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Terdapat lebih daripada 8000 kumpulan diskusi eletronik yang mungkin terdiri daripada beberapa orang sehingga ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuk matematik.[3]

Laman Web – ‘World Wide Web (WWW)’

Rangkaian sedunia World Wide Web (WWW) adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’. Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10% setiap hari menjadikan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran, dan lain-lain bahan pengajaran dan pembelajaran melalui maklumat projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibu-bapaan dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.[4]

Peranan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Matematik

Bagi membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan, guru haruslah menyediakan atau memilih teknologi yang bersesuaian dengan minat, keupayaan dan kematangan kumpulan murid. Di samping itu, teknologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat menyempurnakan objektif pengajaran.

Sungguhpun di kalangan guru terdapat mereka yang boleh menyampaikan mesej dengan mudah tanpa bantuan alat-alat yang canggih, tetapi bilangan guru yang berkeupayaan seperti itu tidaklah ramai. Oleh itu, alat teknologi patut digunakan untuk memotivasikan pelajar dan membimbing mereka ke arah menguasai dan menggunakan ilmu yang dipelajari. Penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik akan dapat membantu pelajar dari segi:

1) Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran.

2) Meningkatkan minat mereka.

3) Meningkatkan kesungguhan belajar.

4) Pemahaman yang lebih baik tentang isi pelajaran.

5) Meningkatkan ingatan isi pelajaran.

6) Memupuk sikap yang positif untuk belajar matematik.

7) Mendapat pengalaman belajar yang menyeronokkan.

8) Pembelajaran yang dialami sungguh bermakna.

9) Dapat menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian.

Teknologi semakin besar peranannya dalam pendidikan matematik hari ini bagi mencapai pembangunan negara, dimana pendidikan akan dapat memberi peranan dari segi pembekalan tenaga manusia yang berketrampilan, yang mampu memberi sumbangan yang produktif terhadap perindustrian negara. Tenaga manusia ini perlu disediakan dengan secukup-cukupnya supaya dapat bersaing dengan jayanya di hari muka yang sudah tentu lebih mencabar. Apakah persediaan yang harus dibuat bagi memperlengkapkan tenaga manusia ini? Persediaan ini meliputi usaha membina ketrampilan murid mereka menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam pembangunan negara.

Salah satu strategi mengajar yang inovatif dalam bilik darjah yang ‘contructivist’ ialah dengan menggunakan teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, teknologi digunakan untuk mempertingkatkan pembelajaran, menggalakkan pemikiran ‘higher order’ dan kemahiran menyelesaikan masalah. Teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik boleh dilihat sebagai menyokong aktiviti guru dan murid. Teknologi akan memotivasi, mendinamikkan dan merangsangkan penglibatan murid dalam memahami matematik.

Terdapat pelbagai bentuk teknologi baru dan lama dalam pengajaran pembelajaran matematik. Kebanyakannya adalah slaid-slaid, filem, video, kalkulator, perisian komputer, kalkulator grafik, rangkaian internet, sumber elektronik dan sebagainya. Senarai teknologi ini semakin meningkat sesuai dengan peningkatan Teknologi Maklumat. Pemilihan bentuk teknologi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah penting kerana ia dapat memastikan sama ada akademik murid dapat dikembangkan. Oleh itu, pemilihan bentuk teknologi yang betul haruslah sesuai pada masanya.

Kalkulator biasa, kalkulator grafik dan komputer adalah sebahagian teknologi yang boleh digunakan oleh murid untuk meneroka dan menyiasat konsep matematik. Kalkulator adalah alat yang sangat berguna untuk membantu murid meneroka corak matematik (patterns) dan membuat kesimpulan. Contohnya mengulangi operasi corak tersebut. Kalkulator grafik dan perisian komputer seperti ‘spreadsheet’ adalah alat yang membolehkan murid menumpukan perhatian ke atas idea atau konsep matematik berbanding dengan mengira atau menghitung matematik secara rutin. Program komputer seperti Geometer’s Sketchpad pula menyediakan suasana yang memberangsangkan untuk menyiasat dan meneroka matematik serta penyelesaian masalah secara ‘open-ended’.

Teknologi boleh digunakan dengan pelbagai cara tetapi ini tidak bermakna guru atau murid terus boleh mengakses teknologi atau mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk menggunakannya dalam pembelajaran. Guru harus mempunyai kemahiran asas tentang teknologi bagi membolehkannya berfungsi dalam bilik darjah yang ada teknologi.[5]

Sejajar dengan kepentingannya maka pelbagai program perisian yang berguna mula dicipta dan dihasilkan terutamanya dalam sektor pendidikan. Antara perisian yang mendapat tempat di kalangan warga pendidik khususnya matematik adalah Microsoft Excel, Microsoft Word, Autocad, Mathlab, SPSS dan Geometer’s Sketchpad.[6]

Hakikatnya, kemudahan dalam meneroka sebarang bentuk informasi dan bahan bacaan yang berguna semudah ‘click and type’ dengan melayari internet. Dengan perkembangan teknologi semudah ini maka wujudnya era perubahan perkembangan ilmiah secara drastik dan komprehensif, seterusnya menyebabkan prospektif hala tuju serta corak perkembangan sesebuah pembentukan tamadun turut berubah. Maka dengan itu wujudlah pelbagai konsep dan fahaman yang melibatkan persaingan idea, produk dan perkhidmatan.[7]

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memurnikan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers of Mathematics, 1980) telah menggariskan cadangan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi yang sama mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik dan perlu dititikberatkan. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Mengikut Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemah kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Situasi ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran mentelaah ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer (Lim, 1989).

Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1983; Henderson & Landersman, 1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al-Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:

  • Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mungkin mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan mungkin dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah serta berkesan.
  • Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada menunjukkan peningkatan yang positif.
  • Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer (CAI) mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer melibatkan beberapa aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat umumnya.

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel elektronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (pembelajaran kooperatif), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ‘alam yang baru ditemui’ (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer internet diberikan (Bier et.al., 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel elektronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya sampai dalam beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh penerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih (Everett & Ahern, 1994).[8]


Perkara-perkara Penting Mengenai Teknologi Maklumat dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

: Internet bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan aktiviti pembelajaran yang teliti oleh guru adalah supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

: Komputer dan internet tidak mengambil alih peranan guru. Guru hendaklah berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, khususnya dalam bidang ICT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

: Penggunaan komputer dan internet boleh mengurangkan beban tugas guru dan murid. Manakala kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

: Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran ICT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa depan, perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

: Pelajar perlu dididik mengenai tanggungjawab dan etika sebagai pengguna “on-line” di dalam penggunaan internet. Pelajar juga perlu didedahkan kepada capaian intelektual, iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlak dan bijaksana.

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK/CAI)[9]

Perubahan yang sedang dan akan melanda dunia pendidikan kini sudah tentunya akan merubah kandungan dan standard kurikulum setiap mata pelajaran. Kurikulum matematik juga tidak akan terkecuali daripada fenomena arus kebangkitan teknologi ini. Kurikulum matematik boleh berubah tetapi tidaklah boleh terlalu banyak perubahan kerana ianya akan hanya mengundang kegagalan dalam tempoh jangka panjang.Perubahan drastik akan menyebabkan pelajar yang akan menjadi mangsa. Kuasa dan hak juga perlu digariskan dengan lebih jelas agar tiada keraguan di kalangan pihak-pihak tertentu umpamanya PIBG, tenaga pendidik, kakitangan jabatan dan Kementerian Pendidikan serta orang awam. Jika hak ini hanya dibuat di atas kertas tanpa penerangan yang lebih jelas kepada semua pihak yang tersebut lebih-lebih lagi orang awam dan ibu bapa, pastinya banyak masalah yang timbul termasuklah isu perkauman, perundangan, perbezaan tahap, diskriminasi dan politik.[10]

Secara umumnya pendidikan komputer diklasifikasikan kepada 3 peranan utama:

1. Pembelajaran tentang perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer.

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data dan perkataan.

3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar. Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program yang dibentuk oleh penulis atau pereka perisian. Pelajar akan berinteraksi dengan program komputer melalui terminal. Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah, tradisi guru adalah sebagai pengajar, penerang, pemudahcara dan penyampai maklumat.Semua peranan ini dijangka akan diambil alih oleh komputer dalam pengajaran berbantukan komputer. Inil bukanlah petanda bahawa teknologi akan mengambil alih tugas guru dan menjadikan profesion perguruan sudah tidak relevan lagi. Ia hanya sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar matematik. Kewujudan teknologi seperti kalkulator grafik, Geometer’s Sketchpad dan beberapa perisian matematik yang lain dijangka bukan sahaja mengubah cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Teknologi komputer juga dijangka akan menjadi penawar bagi guru bagi hampir kesemua masalah yang dihadapi dalam tugasnya sekiranya guru boleh mengintegrasikan teknologi dengan baik dan sesuai ke dalam pengajaran dan pembelajarannya. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan system tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi.[11]

Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

: Penghasilan Bahan Kurikulum.

: Latih Tubi.

: Tutorial.

: Ulangkaji.

: Pemulihan dan Pengayaan.

: Simulasi.

: Pengiraan.

: Alat Bantu Mengajar

Contoh Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer

: MathType

: Spreadsheet

: DPGraph

: Geometer’s Sketchpad

: Logo

: Graphmatica

Pembelajaran Berbantukan Kalkulator Grafik[12]

Kalkulator Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulator telah diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik? Antara sebab-sebabnya seperti berikut:

] Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi.

] Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat.

] Dapat belajar sendiri.

] Merdeka minda.

] Menyingkatkan masa pengiraan.

] Kalkulator sebagai agen visualisasi.

] Mudah menggraf.

Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran matematik.

Keterangan/ulasan selanjutnya[13]:

1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor, boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu memperkenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.

3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza. Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol, menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan “number sense” atau berkerja dengan cara yang berbeza.

4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak. Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.

5. Kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

Penggunaan Internet (WWW) dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat. Melalui internet, pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan sebagainya. Melalui internet, pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui (Christie 1996). Penemuan hari ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian dan berfikiran kritikal (Nolen & Martin 1994). Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuiri penemuan.[14]

WWW (World Wide Web) pula adalah jaringan yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik.[15]

WWW Membantu Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik[16]

1. Menggunakan WWW untuk mencari maklumat: WWW merupakan sumber maklumat yang paling baik untuk guru matematik yang merancang untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik yang efektif dan inovatif. Guru boleh menggunakan “search engine” untuk mencari maklumat-maklumat ini. Mereka juga boleh menggunakan link yang telah disediakan oleh tapak-tapak web yang ada. Contoh tapak web yang boleh menjadi tempat memulakan pencarian maklumat yang berguna kepada guru matematik adalah “The Math Forum”.

2. Menggunakan aktiviti interaktif di WWW dalam pengajaran matematik: WWW juga kaya dengan pelbagai aktiviti matematik yang interaktif. Guru matematik boleh membawa muridnya ke laman web yang mengandungi aktiviti interaktif dan memberi peluang kepada muridnya untuk berinteraksi dengan aktiviti ini dalam pembelajaran matematik mereka. Di antara aktiviti-aktiviti matematik yang interaktif yang terdapat di WWW adalah Tulang Napier, The Three Door Puzzles dan Pembinaan Konsep Pecahan.

3. Menerbitkan bahan pengajaran di WWW: Salah satu kegunaan WWW kepada guru matematik adalah sebagai tempat untuk menerbitkan rancangan mengajar, tugasan matematik bernas, bahan pengajaran atau sebarang penulisan yang boleh membantu guru lain mencuba pengajaran matematik yang efektif dan inovatif.

Internet Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Matematik[17]

Perkembangan internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet adalah seperti berikut:

Projek

Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan tersebut ialah:

: Academy One – http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html

: Global School Net Foundation – http://www.gsn.org/

: IECC Projects – http://www.stolaf.edu/network/lecc/

: http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-index.html

Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas. Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas. Kemudian fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan. Kemudian, cari bahan yang sesuai dan rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.


Rancangan pengajaran (Lesson Plans)

Rancangan pelajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan oleh guru-guru matematik di seluruh dunia. Meliputi pelbagai topik dan tahap. Anda juga berpeluang untuk mengemukakan rancangan pelajaran yang lengkap bagi dimuatkan dalam halaman tersebut (Jika terpilih).

: http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html

: http://scssi.scetv.org/mims/lp_ssi.htm

Untuk melihat tapak web pendidikan di Malaysia bagi mendapatkan sumber yang dapat digunakan untuk peringkat UPSR, PMR, dan SPM, lawatilah TM School On-Line.

Teori pembelajaran dan aplikasi

Antara teori pembelajaran yang sering diperbincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme dan konstruktionisme. Beberapa strategi (atau teknik) pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut pula ialah seperti ‘pembelajaran koperatif’, ‘inkuiri penemuan’ dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh diperolehi daripada laman-laman berikut:

: http://www.ilt.columbia.edu/k12/livetext/docs/berry1.html - Designing Effective School-Based Learning Environments: Cognitive Apprenticeship Models.

: http://129.7.160.115/INST5931/Constructivist.html - Constructivist Classrooms.

: http://www.ilt.columbia.edu/ilt/papers/JohnBrown.html - Situated Cognition and the Culture of Learning.

: http://asb.www.media.mit.edu/people/asb/convergence.html - The Media MOO Project: Constructionism and the professional community.

: http://www.aber.ac.uk/~dgc/texts.html - Texts and the Construction of Meaning.

: http://www.aber.ac.uk/~dgc/trans.html - Transmission Model of Communication: A critique.

: http://www.aber.ac.uk/~dgc/interp02.html - Active Interpretation.

: http://diogenes.sedl.org/scimath/compass/v01n03/understand.html - Building an Understanding of Constructivism.

: http://edie.cprost.sfu.ca/it/constructivist-learning - Constructivist Theories United States Distance Learning and Teacher Education.

: http://www.oise.on.ca/~kdavidson/cons.html - Linking Theory to Reality.

: http://education.indiana.edu/~cep/courses/p540/semcons/semcons_overview.html - An Overview of Semiotic/Constructivist Theories.

: http://education.indiana.edu/~cep/courses/p540/ad_reflexive.html - Covert Constructivism.

: http://tecfa.unige.ch/tecfa/tecfa-research/memolab/report93-title.html - Intelligent Learning Environments.

: http://psych.hanover.edu/vygotsky/krauss.html - A Mediation Model For Dynamic Literacy Instruction.

: http://kvoneida.hbg.psu.edu/FACULTY/Farquhar/Research/SC&I.html - Social Constructivism Research.

: http://www.cs.colorado.edu/~l3d/presentations/gf-wlf - Life Long Learning and Design.

: file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf4.txt.gz - Classroom Restructuring: What do teachers really need?

: gopher://gopher.lib.virginia.edu/00/alpha/psyc/1992/psyc.92.3.63.reading-inference-1.1.garnham - Minimalism Vs Constructionism: A false dichotomy in theories of inference during reading.

: ftp://princeton.edu/pub/harnad/Harnad/harnad82.neoconst - Neoconstructivism: A unifying theme for the cognitive sciences.

: http://134.184.35.101/PHYSCONS.html - Physical Constructivism.

: file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf2.txt.gz - Constructivism and the design of learning environments: Context and authentic activities for learning.

: http://pespmc1.vub.ac.be/construc.html - Epistemological Constructivism.

: http://www.oise.on.ca/~sinkpen/VRED.html - Virtual Reality and Education.

: ftp://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/dhj.txt.gz - Thinking technology: Toward a constructivist design model.

: Kandungan tambahan, sila buka laman: http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html

Jurnal dan majalah pendidikan matematik

Koleksi jurnal matematik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang berhubung dengan matematik. Setiap jurnal mengandungi artikel atau abstrak yang terkini dan boleh dicetak untuk simpanan peribadi. Terdapat juga laporan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia . Penulisan akademik ini akan bertambah dari masa ke semasa dan akan lebih mudah diperolehi bila wujudnya ‘Internet 2’ , sedikit masa nanti. Antara jurnal dan majalah yang amat berkaitan dengan pendidikan matematik:

: http://www.math.psu.edu/MathList/Journals.htm - Mathematics Journals.

: http://www.nctm.org/ - National Council of Teachers of Mathematics.

: http://www.nctm.org/journals/jrme/jrme-home.htm - Journal for research on mathematics education.

: http://www.nctm.org/mt/mt.htm - Mathematics Teacher.

: http://www.nctm.org/tcm/tcm.htm - Teaching Children Mathematics.

: http://www.ciue.rpi.edu/icme/_index.html - International Conference on Mathematics Education.

: http://gamstcweb.gisd.k12.mi.us/cgi-bin/wilma/mathmag - Mathematics Magazines.

: http://members.tripod.com/~MUJAHID/Jasa.html - Buletin Jabatan Sains MPKTBR.


Rekreasi matematik

Beberapa laman yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang meliputi pelbagai topik dan tahap pelajar.

: http://www.lifelong.com/CarnivalWorld/MonsterMath/MonMathHP.html - Monster Math.

: http://us.yimg.com/images/new2.gif - These monsters need some help!

: http://www.eduplace.com/math/brain - Puzzles for third to seventh-graders and older.

: http://www.cs.uidaho.edu/~casey931/conway/games.html - Colourful illustrations and instructions for fun games.

: http://freeabel.geom.umn.edu/java - Try your hand at these games.

: http://www.edven.com/ - Gold Medal Math.

: http://www.cut-the-knot.com/ - Problem-solving activities, including a great puzzles and games page.

: http://forum.swarthmore.edu/mathmagic/ - MathMagic

: http://www.math.scarolina.edu/cgi-bin/sumcgi/Newton.pl - Newton’s Method

: http://www.period.com/puzzles/ - Period.Com Puzzles

: http://www.ditell.com/~ericward/puzzle.html - Cool math story problems and puzzles.

: http://schoolcentral.com/willoughby5/default.htm - Use your math skills to help Dexter find the hidden gold.

Forum matematik

Satu ruangan perbincangan siber tokoh-tokoh pendidikan matematik seluruh dunia yang meliputi pelbagai topik. Tajuk dan kandungan perbincangan dikumpulkan dan disusun dengan sistematik bagi memudahkan pencarian. Turut dimuatkan dengan isu-isu terkini dalam dunia matematik dan pendidikan matematik. Terdapat kemudahan ‘pencari bahan’, di mana anda hanya perlu menulis kata kunci atau topik-topik tertentu tentang matematik. Satu senarai yang berkenaan akan muncul, dan anda boleh memilih item/tajuk yang sesuai.

: Math Forum: http://www.forum.swarthmore.edu/

Soal-jawab matematik

Dalam ruangan ini, anda berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berhubung dengan matematik dalam pelbagai bidang. Soalan anda akan dijawab oleh pakar-pakar matematik yang sentiasa berusaha melayan setiap pertanyaan dengan baik. Jawapan anda akan dihantar melalui e-mail. Anda juga dapat membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik tertentu.

: Ask Dr. Math: http://forum.swarthmore.edu/dr.math/

Sejarah matematik

Sejarah matematik telah disusun mengikut tajuk dan bidang tertentu dalam matematik. Paling menarik ialah kita dapat mengetahui nama tokoh-tokoh matematik silam yang lahir atau meninggal pada tarikh-tarikh tertentu bersama dengan gambarnya sekali (Mathematicians of the day). Disediakan juga susunan peristiwa dan tokoh mengikut kronologi. Semasa mempelajari sesuatu topik matematik dalam bilik darjah, para pelajar boleh diminta untuk mencari dan mengenalpasti tokoh-tokoh yang berkenaan dengan melungsuri halaman tersebut.

: History Topics Index: http://www.groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/HistoryTopics.htm

Latihan Online

Latihan Online ialah latihan yang dibuat secara online; di mana para pelajar akan membuka laman yang dikirimkan oleh guru dan menyelesaikan semua masalah yang terdapat dalam latihan tersebut. Para pelajar dikehendaki sama ada mengemukakan jawapan sahaja atau bersama-sama dengan jalan pengiraan. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian , kerja projek, soal selidik dan sebagainya. Melalui cara ini juga, pembelajaran dapat dilakukan secara optimum dan berterusan. Proses pembelajaran akan berlaku di dalam dan luar waktu persekolahan melalui bimbingan secara siber. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran.

: Online Exercises: http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/latihan.html

: http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/latihan.html

: http://math.uc.edu/onex/demo.html

Kesenian matematik

Matematik adalah seni. Bentuk-bentuk geometri yang diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan satu corak yang menarik dan berharga. Melalui internet, corak-corak yang menarik itu boleh dipamirkan dalam bentuk interaktif dan pelbagai. Para guru dan pelajar akan berpeluang menghasilkan corak-corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing. Ianya juga boleh digunakan sebagai bahan projek atau dalam pendidikan seni.

: Gallery of Interactive Geometry: http://www.geom.umn.edu/apps/gallery.html


Perisian matematik

Terdapat banyak perisian matematik (mathematics software) yang boleh digunakan untuk pengajaran sesuatu konsep dan penguasaan kemahiran matematik. Perisian ini boleh digunakan sama ada secara online atau dimuat turun (download) ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan dan merangkumi banyak topik dalam matematik.

: Math Sofware: http://forum.swarthmore.edu/~steve/steve/mathsoftware.html

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bidang Matematik

: Global Network Navigator – Mathematic

: Math Section

: Mathematics – Singapore Ministry of Education

: Math Launch pad

: Mathematics Archives – K12 Internet Sites

: K-8 dan K-12 Mathematics Education

: Math and Numbers

: The Math Forum

: Ask Dr Math

: Math Archives

: Internet Math Class

: Forum Guru dan Pelajar – TM School On Line

: Nota dan Soalan Latihan – TM School On Line

Impak Teknologi Maklumat Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Matematik[18]

Teknologi pengajaran mempunyai impak yang signifikan terhadap struktur pendidikan khususnya pengajaran di dalam kelas. Teknologi dalam pendidikan yang berkembang dengan pesat ini harus diambil kesempatan khususnya untuk kebaikan sektor pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, teknologi pengajaran mempengaruhi kognitif pelajar dalam topik pembelajaran penyiasatan sudut bulatan menggunakan perisian Geometer’s Sketchpad. Penafsiran secara kognitif menekankan pemprosesan maklumat yang melibatkan proses dalaman yang berlaku dalam minda/otak pelajar semasa proses pengajaran dijalankan. Golongan kognitif mementingkan proses pembelajaran itu sendiri, oleh yang demikian sumber/media maklumat yang diterima (input) dan simpan oleh pelajar sebagai maklumat untuk ditafsirkan. Faktor ini adalah sangat penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran selain daripada pengajaran daripada guru.

Oleh sebab itulah, pelajar yang mendapat pengajaran maklumat daripada media teknologi adalah lebih meyakinkan dan mudah untuk menterjemahkan sesuatu konsep. Sebagai contoh, Marcus the Marinite dalam Nexus Network Journal yang membuat analisis kebaikan dan kelebihan Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam topik Sudut Geometer. Melalui kajian mereka didapati program ini amat baik dalam membantu kognitif pelajar dalam menggalakkan penyiasatan perkaitan sudut dan ukuran. GSP hakikatnya banyak membantu pelajar meneroka konsep asas pembelajaran secara konkrit. Menurut Hewson & Hewson, langkah pertama dalam perubahan perkongsepan ialah mesti wujud suatu situasi ketidakpuasan antara idea atau konsep baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar (konflik kognitif). Kedua, konsep baru yang ingin diperkenalkan mestilah diketahui dan difahami oleh pelajar. Jika keadaan ini tidak dicapai, pelajar hanya menghafal konsep baru bulat-bulat. Keadaan inilah yang menyebabkan pelajar lemah dalam menterjemahkan sesuatu maklumat yang berkaitan dengan topik kerana tidak faham dengan konsep. Ketiga, konsep baru yang ingin diperkenalkan mestilah logik, mestilah hampir sama atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh pengetahuan sedia ada pelajar. Akhirnya, konsep baru mestilah mempunyai sebab yang kukuh untuk diterima.

Maka bertepatanlah dengan kenyataan ini yang mana pengajaran melalui teknologi lebih meningkatkan kefahaman dan perkembangan ilmu yang diterima. Kajian daripada Ting Choo Yee dan Mohamammad Yusof Arshad (2000) dalam jurnal mereka menunjukkan akan wujud perubahan konsep dimotivasikan melalui penggunaan simulasi komputer. Kajian juga menunjukkan penggunaan simulasi komputer bukan hanya mampu mendedahkan pengetahuan sedia ada pelajar, berfungsi sebagai replikasi kepada eksperimen sebenar (Kahn, 1985) malah meningkatkan kemahiran kognitif (Hudson, 1994). Tinjauan soal selidik terhadap GSP telah dibuat oleh Marcus the Marinite dalam Nexus Network Journal melibatkan pelbagai peringkat umur menunjukkan kesan yang positif.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dengan Menggunakan WWW[19]

(1) Pembelajaran Interaktif

Dalam pembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang untuk berinteraksi dengan aktiviti dalam pembelajaran matematik mereka. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya. Antara ciri-ciri menarik mengenai cara pembelajaran ini ialah:

(a) Pelajar diberi peluang menjawab soalan-soalan “online”.

(b) Pelajar dapat menyemak terus jawapan yang diberikan.

(c) Pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan.

Kebaikan cara pembelajaran ini ialah:

(a) Pelajar diberi peluang belajar secara individu.

(b) Pelajar dapat belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri.

(c) Guru boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya.

(d) Sumber dalam laman web boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar.

(2) Strategi Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan tujuan utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Untuk menyelesaikan masalah seseorang pelajar perlu memahami konsep, menguasai kemahiran matematik serta berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukan minat dan pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaran besar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untuk mengatasi cabaran ini. Ciri-ciri menarik di dalam laman web adalah seperti berikut:

(a) Contoh-contoh masalah atau teka-teki yang mencabar.

(b) Peluang untuk menyertai pertandingan matematik antarabangsa.

(c) Peluang untuk para pendidik dan pelajar berinteraksi dan berkongsi masalah.

(d) Guru dan pelajar juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti.

(e) Masalah matematik yang dibentangkan mengikut tahap kesukaran yang berlainan.

Kebaikan laman web ini ialah:

(a) Mengandungi sumber-sumber yang boleh dijadikan bahan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelesaian masalah.

(b) Mengandungi contoh-contoh situasi sebenar beserta aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir dengan kritis dan kreatif.

(c) Mengandungi contoh-contoh teknik penyelesaian masalah yang menggunakan komputer atau secara manual.

(d) Mengandungi ruang forum untuk guru memberi respon dan komen.

(e) Memberi guru idea-idea terbaru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAI)

dalam Pendidikan Matematik[20]

1) Pembelajaran Secara Individu: Seorang penyelidik Roger Sperry menyatakan bahawa pembelajaran adalah suatu proses yang bersifat individu. Pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu tanggapan mereka tentang pembelajaran mungkin juga berbeza. Masa yang diperlukan untuk menguasai sesuatu topik pelajaran juga berbeza. Masalah bagi semua sistem pendidikan adalah bagaimana untuk menyampaikan maklumat pelajaran kepada setiap individu secara berkesan. Dengan perisian khusus yang baik serta berkualiti, komputer telah terbukti berupaya menyediakan pembelajaran secara individu yang peka dan sensitif kepada keperluan pelajar. Input daripada pelajar dianalisis terlebih dahulu sebelum tindakan diambil. Pelajar akan berasa seolah-olah ia sedang berhadapan dengan guru seorang diri. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan rasa malu dalam diri pelajar tersebut.

2) Keseronokan Menggunakan Komputer: Kemunculan mikro komputer dalam bilik-bilik darjah boleh menaikan semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Keupayaan komputer sebagai sebuah mesin yang boleh ‘berkata-kata’ amat menarik perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan dengan bahan-bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka melalui teknologi canggih ini. Faktor motivasi amat penting supaya pelajar sentiasa berminat untuk belajar.

3) Penginteraksian: Satu lagi faktor yang boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaran ialah penginteraksian di antara pelajar dan guru. Seorang tokoh psikologi Jeremy Anglin menyatakan bahawa: “Perolehan sesuatu pengetahuan sama ada untuk mengecam sesuatu corak, memahami sesuatu konsep, menyelesai sesuatu masalah atau membina sesuatu teori saintifik, adalah suatu proses yang aktif. Setiap individu harus menganggap dirinya sebagai peserta yang aktif dalam perolehan pengetahuan tersebut...” Satu kesimpulan yang boleh kita ambil daripada kenyataan Anglin ini ialah pembelajaran yang berkesan hanya akan berlaku melalui penyertaan peserta atau pelajar dalam perbincangan yang secara aktif.

4) Pembelajaran yang cepat: Satu lagi keistimewaan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu pelajaran adalah kurang. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mendapati bahawa sehingga 30% daripada masa pengajaran dan pembelajaran boleh dijimat, jika komputer digunakan.

5) Tampak: Dengan menggunakan komputer, pelbagai bentuk maklumat boleh disampaikan secara lebih berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya, boleh memenuhi objektif ini. Illustrasi berbentuk grafik dan apa jua bentuk gambar rajah merupakan cara utama untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini ia boleh dilakukan dengan mudah dengan bantuan komputer. Kajian juga telah menunjukkan maklumat yang dipelajari dalam bentuk grafik dan gambar rajah boleh dikekalkan lebih lama dalam minda pelajar. Di samping itu, ia mudah diingat dan lebih senang untuk diterima oleh neuron minda kita.

6) Komunikasi: Komunikasi diperlukan bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif. Guru seharusnya memainkan peranan yang utama bagi menggalakkan aktiviti komunikasi dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, semasa ketiadaan guru, komputer boleh berfungsi sebagai penggalak komunikasi. Guru masih boleh berkomunikasi dengan pelajarnya sama ada secara perseorangan atau berkumpulan walau di mana jua dia berada, asalkan dia boleh ‘log’ pada rangkaian tersebut. Mesej yang dihantar juga boleh disimpan semasa ketiadaannya.

Strategi Penggunaan Teknologi Yang Efektif[21]

Lima strategi untuk menggunakan teknologi yang efektif dalam matematik:

1) Mempunyai kemahiran asas yang mencukupi: Guru haruslah mempunyai kemahiran asas teknologi sebelum mereka boleh mengendalikan pembelajaran menggunakan teknologi.

2) Keperluan kecekapan: Guru haruslah menghadiri latihan teknologi yang utama dalam usaha menjadi cekap dan efektif dalam memberikan pengajarannya.

3) Menggunakan murid sebagai sumber latihan: Guru boleh menyuruh murid atau sekumpulan murid untuk menyiasat, mahir dalam pakej ‘software’ dan kemudian melatih rakan-rakan di kelas.

4) Tutorial online: Guru boleh melihat tutorial ‘online’ yang mana ia menyediakan kemudahan suasana pembelajaran yang kebanyakan kolej, pembekal dan sekolah mempunyai tutorial yang baik untuk umum. Guru boleh menggunakan ‘enjin pencari’ untuk menyelidik topik-topik yang hendak dipelajari dan jenis-jenis tutorial.

5) Menjadi ahli persatuan profesional: Guru diminta untuk menjadi ahli persatuan profesional yang berkaitan dengan pembinaan teknologi. Mereka adalah sumber yang baik dan terbesar untuk mendapatkan latihan yang lebih lanjut dan memberi bantuan apabila menghadapi kesulitan.

Isu-isu Teknologi Maklumat di Negara Brunei Darussalam

: Kos perkakasan komputer yang masih mahal. Sekiranya komponen-komponen komputer mengalami kerosakan, ia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi bagi memperbaikinya.

: Penggunaan teknologi maklumat merentasi kurikulum dalam pendidikan. Kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah menyebabkan kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik.

: Pengajaran komputer kurang menyerlah yang mana masih terdapat kekurangan tenaga profesional untuk mengajar kursus komputer kepada guru-guru. Kebanyakan guru-guru belajar sendiri kemahiran asas komputer iaitu ‘self-taught’.

: Komputer di sekolah-sekolah masih tidak lagi mencukupi untuk kegunaan pembelajaran murid-murid. Sebagai contoh, sebuah komputer dikongsi bersama oleh lima murid pada masa yang sama. Ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menggunakan komputer untuk pembelajaran yang maksimum.

: Akses internet di Negara Brunei Darussalam masih mahal berbanding di Singapura serta kelajuan akses internet yang kurang memuaskan.

: Taraf sosio-ekonomi yang rendah menyebabkan segelintir keluarga tidak mampu untuk memperolehi komputer dan akses internet bagi pembelajaran anak-anak di rumah.

: Kekurangan laman web tempatan untuk pembelajaran matematik bagi kegunaan yang bersesuaian bagi murid-murid di rantau ini.

Cadangan Penyelesaian

: Kerajaan perlu memberikan subsidi pada komputer supaya harga komputer menurun.

: Program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Sebagai contoh, di dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan institusi perguruan bagi melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia ada iaitu ‘Internet’.

: Kerjasama kerajaan serta bantuan kepakaran komputer daripada pelbagai organisasi adalah diperlukan bagi peningkatan literasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru.

: Kerajaan perlu membiayai lebih banyak komputer ke sekolah-sekolah dengan seberapa segera agar murid-murid berpeluang menggunakan komputer secara individu.

: Pihak swasta atau kerajaan perlu memberikan saingan pada akses internet iaitu ‘E-speed bagi persaingan harga dan perkhidmatan.

: Kerajaan perlu meninggikan taraf sosio-ekonomi dengan kenaikan gaji penduduk bersesuaian dengan taraf kehidupan masyarakat di Negara Brunei Darussalam masa kini.

: Melancarkan projek berlandaskan jaringan pendidikan. Sebagai contoh, mengadakan kursus wajib bagi pendidikan komputer yang diadakan di Universiti Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Ini adalah supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat mereka-cipta laman-laman web yang bersesuaian dengan topik-topik matematik bagi sekolah rendah dan menengah.

Perbincangan dan Rumusan

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai sikap dan fahaman yang positif mengenai penggunaan teknologi. Sikap yang demikian sepatutnya dipupuk dan akan memudahkan guru-guru menerima perubahan-perubahan yang berkaitan. Namun demikian, kekurangan perisian PBK yang sesuai menghalang guru-guru dari menggunakan komputer dalam pengajaran walaupun mereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran.

Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini. Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi.

Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan reflektif.

Internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-mana seperti di rumah, perpustakaan awam, pusat atau kedai komputer, dan lain-lain.

Kewujudan teknologi seperti kalkulator grafik dan perisian matematik bukan sahaja mengubah cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.


Bahan Rujukan

Arganbright D.E. (1984). Mathematical Applications of an Electronic Spreadsheet In Computers In Mathematics Educations. Yearbook of The National Council of Teachers of Mathematics.

Heinich, R.Molenda, M & Russell J. (1990). Instructional Media and The New Technologies of Education.

Marcus The Marinite (1998). The Geometer’s Angle No. 3: An Introduction to the Art and Science of Geometric Analysis, Part II. Nexus Network Journal. USA.

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rosalinda Alias (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Peter Kelman, Art Bardige, Jonathan Choate, George Hanify (1983). Computers In Teaching Mathematics. Massachussetts: Addison-Wesley Publishing Company.

Ting Choo Yee & Mohammad Yusof Arshad (2000). Penggunaan Simulasi Komputer bagi merealisasikan fenomena tidak sahih: Satu alternatif mewujudkan konflik kognitif dalam pembelajaran Sains. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

________(1999). The Hyperbolic Toolbox: Non-Euclidean Constructions in Geometer’s Sketchpad. Journal of online Mathematics and its applications.

Fakharudin Shahudin (1998). Teknologi Memangkin Penjanaan Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan. Dimuat turun pada 15hb Januari, 2005. http://www.geocities.com/devlin_alpha/tilmiah01.htm

Mohd Nain Bin Mohammad (2000). Pengayaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Dimuat turun pada 15hb Januari, 2005. www.geocities.neptunestewart/ilmiahnain.htm

Noor Hakimi Binti Tajul Arifin (1999). Mengapakah Teknologi Semakin Besar Peranannya Dalam Pendidikan Matematik Hari Ini? Dimuat turun pada 10hb Oktober, 2005. http://www.geocities.com/ramanujan_asasno/noorhakimi.htm

Normunyati Binti Hashim (2000). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Bantuan Komputer. Dimuat turun pada 10hb Oktober, 2005. http://www.geocities.com/fmurni/imurni.html

Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal (2000). Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik. Dimuat turun pada 15hb Januari, 2005. http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

________ (1998). Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik. Dimuat turun pada 10hb September, 2005. http://www.geocities.com/fmurni/idaud.html

________ (1999). WWW Dalam Pendidikan Matematik. Dimuat turun pada 8hb Oktober, 2005. http://www.geocities.com/gardner02_8/www.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_Maklumat



[2] Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal – http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

[3] Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal – http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

[4] Ibid.

[7] Ibid.

[9] Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal – http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

[10] Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal – http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

[11] Ibid.

[16] Ibid.

[17] Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal – http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

No comments: